07/04/2022

ELEMEN ASAS GRAFIK


ELEMEN: MUDAH
Gambar 1 merujuk pada asas grafik yang pertama iaitu elemen mudah. Gambar menunjukkan beberapa kuntum bunga mawar. Warna yang digunakan ialah merah hati. Sekali pandang, setiap mata memandang pasti tahu ia bunga mawar. Bunga ini merupakan bunga yang paling laris terjual masa kini.

ELEMEN: MUDAH
Gambar 2 merujuk ada asas grafik elemen mudah. Gambar menunjukkan pokok kesidang. Pokok kesidang ini berwarna putih. Pokok ini juga mirip seperti bunga bakawali yang juga berwarna putih. Bunga ini juga bersifat wangi dan hidup sebagai parasit iaitu menjalar di atas pokok yang lain. 
ELEMEN: WARNA
Gambar 1 menunjukkan elemen asas grafik dari segi warna. Gambar ini bertemakan keamanan. Gambar ini juga mempunyai 3 elemen warna penting iaitu putih hijau dan kelabu. Penting bagi setiap tentera untuk terus bersiap siaga dan sentiasa dalam keadaan penyamaran agar tidak dikesan pihak musuh. Gambar menunjukkan sekumpulan tentera yang sedang membuat rondaan atau tinjauan di kawasan penghalang.

ELEMEN: WARNA
Gambar 2 menunjukkan elemen asas grafik dari segi warna. Kadet sedang menjalani latihan yang bertempat di bukit EKSPO UPM.  Warna yang terdapat di dalam gambar adalah hijau, biru dan putih. Gambar menjadi agak timbul dan menarik kerana adanya letupan bom asap atau bom tangan yang berwarna biru yang menandakan bahawa serangan terhadap musuh telah dihentikan.

ELEMEN: TEKS
Gambar 1 merujuk kepada elemen asas grafik  yang seterusnya iaitu teks. Gambar merupakan iklan mengenai makanan tambahan atau makanan serat. Teks “PADAT KHASIAT BERGANDA NIKMAT” telah ditulis dengan keadaan yang lebih besar di mana ia menggambarkan sifat makanan tersebut. Gambar juga menunjukkan terdapat enam jenis perisa serat berjenama Nestum.

ELEMEN: TEKS
Gambar 2 juga merujuk asas grafik dari segi teks. Gambar menunjukkan sepeket NESTUM berperisa coklat. Teks NESTUM dituliskan besar kerana ia merupakan jenamanya. Gambar ini diambil setelah dibeli. Makanan serat ini membantu badan menahan lapar dan dahaga sepanjang berpuasa. 

ELEMEN: KESESUAIAN
Gambar 1 merujuk asas grafik elemen kesesuaian. Gambar merupakan pemandangan sebuah perjalanan ketika matahari terbenam. Gambar diambil oleh pemiliknya yang mungkin sedang memandu. Gambar ini juga memiliki elemen warna iaitu warna oren, biru dan hitam. Gambar jni juga menarik minat ramai kerana semua orang menyukai pengalaman melihat matahari terbenam atau seumpama dengannya.

ELEMEN: KESESUAIAN
Gambar 2 juga menunjukkan contoh elemen kesesuaian dalam asas grafik. Gambar ini dapat menenangkan hati setiap yang memandang. Awan yang berkepul dan langit yang terang menandakan bumi tidak akan ditimpa hujan. Gambar juga diambil ketika melakukan perjalanan.

ELEMEN: KESEIMBANGAN
Gambar 1 merujuk pada elemen keseimbangan dalam asas grafik. Gambar ini sembang dari segi atas dan bawahnya. Manakala dari segi kiri dan kanan juga agak seimbang. Gambar ini menunjukkan pemandangan. Gambar ini amatlah cantik dan menarik minat si pencinta alam.

ELEMEN: KESEIMBANGAN
Gambar 2 merujuk pada asas grafik iaitu elemen keseimbangan. Kiri kanan gambar seimbang dan sesuai. Gambar diambil dalam blok Raja Udang yang bertempat di Kolej KOSASS. Gambar ini di ambil kerana langitnya yang cerah pada hari tersebut.

06/04/2022

ACADEMIC


Sejarah akademik: 

Aku bermula belajar sekitar tahun 2005. Lahir dalam keluarga kurang berkemampuan bukan alasan aku tidak  boleh berjaya. Dari zaman sekolah rendah aku hanya pelajar yang sederhana dan biasa-biasa saja. Hal ini disebabkan aku banyak menceburi bidang sukan. Paling aku gemar, lari pecut dan lompat tinggi. 



Felda Purun ni tempat tinggal ayah aku. Atok pindah ke tanah rancangan tahun 70 an. Tingkatan 1 hingga tingkatan 6 aku dihabiskan di sekolah ini. Tidak banyak kisah tentangku di bangku sekolah. Aku hanya pelajar yang sederhana tapi cemerlang. Tingkatan 3 aku ambil aliran bahasa arab, tingkatan 5 aku ambil aliran perdagangan dan tingkatan 6 aku ambil Ekonomi. Alhamdulillah, walaupun sederhana, sekurangnya aku keluar dari sekolah itu dengan kejayaan. STPM aku 3.75.


Alhamdulillah, walau banyak dugaan dan halangan, aku tetap melangkah dan terus melangkah. Tiada siapa boleh patahkan semangat aku walau diri aku sendiri. Aku berpegang pada prinsip "pantang mundur, terus maju kehadapan". Tidak kira besar mana halangan, pasti ada penyelesaian. Sekarang aku sudah 3 tahun di UPM. Aku mengambil kursus Bacelor sastera bahasa dan linguistik melayu dengan kepujian.

30/03/2022

MY FAMILY

Keluarga tu permata, harta paling bernilai dan merupakan hubungan yang paling telus dari segala hubungan. Haaa gituu. Oopss.

Okay serius, aku jenis family person. Aku punya tahap sayang keluarga tu, sampai tahap tiada siapa boleh usik keluarga aku. Kami 4 beradik (dalam gambar laa) sebab sekarang dah lima beradik ha. Mak sama ayah sama. 

Mama abah kahwin muda, yelah orang lama kan. Abah mama kenal zaman sekolah lagi. Alhamdulillah berjodoh sampai sekarang. Mama lahir tahun 1981 dan abah pula lahir 1979. Uniknya hari lahir abah 16/3/1979, hari lahir aku lewat dua hari 18/3/1999. Ceh unik lah sangat. Tapi aku suka benda tu. Paling suka, daripada zaman sekolah rendah sampai sekarang. Anak bapak kan. Hihi.

Ya, akulah yang sulung tu, yang pertama haha. Nama penuh aku Siti Nur Farahhanim. Susah sebenarnya untuk aku terima nama depan tu, dan aku serta adik-adik lelaki aku pun setuju nak tukar nama bila dah besar. Tapi cuma borak-borak ajelah, siapa lah kami nak melawan keputusan mama abah. 

Adik-adik aku ramai. Ada empat orang, dua lelaki dua perempuan. Lelaki yang pertama Muhammad Firdaus Iskandar (2000/22 tahun), Mohamad Ferhad Aqasha (2003/19 tahun). Adik perempuan pertama Zahra Nur Amina (2015/8 tahun) dan yang terakhir Zandra Nur Hanania (2021/6 bulan). Itu saja untuk permulaan ni. Macam biasa, simpan sikit untuk masa akan datang.

ABOUT ME

Bertungkus-lumus mak saudara aku carikan nama untuk anaknya yang keempat. Bermula dengan huruf F sempena nama anak sulung, kedua dan ketiganya yang bernama Faiz, Farhana dan Farisha.

Ri! Akak dapat dah nama anak akak nanti, akak nak isikan nama Farah Hanim. 

Selang seminggu lepastu, mak aku lahirkan aku. Tarikh 18 haribulan 3 tahun 1999. Bapak aku pun pergilah ke JPN dan isi nama aku, Siti Nur Farahhanim Mohd Hairi. 

Sekian, kisah nama aku yang sebenarnya bapak dan mak aku curi dari mak saudara aku. Selang 2 minggu lepastu, sepupu aku pun selamat dilahirkan di kampung aku yang juga tempat tinggalku sekarang. Felda Purun, BERA, Pahang. Orang bandar, ramai tak tahu Bera ni kat mana sebenarnya. Tapi lepas Dato' Ismail Sabri naik je sebagai Perdana Menteri, terus ramai tahu. Bera di mana.

Ya ya ya, mak saudara aku tukar nama anaknya kepada Fazrin. Hahahha, sekian sahaja tentang aku. Simpan sikit untuk masa akan datang. Terima kasih.