FarahtheArmygirl
All We Have Is Now
11/06/2022
07/04/2022
ELEMEN ASAS GRAFIK
06/04/2022
ACADEMIC
Sejarah akademik:
Aku bermula belajar sekitar tahun 2005. Lahir dalam keluarga kurang berkemampuan bukan alasan aku tidak boleh berjaya. Dari zaman sekolah rendah aku hanya pelajar yang sederhana dan biasa-biasa saja. Hal ini disebabkan aku banyak menceburi bidang sukan. Paling aku gemar, lari pecut dan lompat tinggi.
Felda Purun ni tempat tinggal ayah aku. Atok pindah ke tanah rancangan tahun 70 an. Tingkatan 1 hingga tingkatan 6 aku dihabiskan di sekolah ini. Tidak banyak kisah tentangku di bangku sekolah. Aku hanya pelajar yang sederhana tapi cemerlang. Tingkatan 3 aku ambil aliran bahasa arab, tingkatan 5 aku ambil aliran perdagangan dan tingkatan 6 aku ambil Ekonomi. Alhamdulillah, walaupun sederhana, sekurangnya aku keluar dari sekolah itu dengan kejayaan. STPM aku 3.75.
Alhamdulillah, walau banyak dugaan dan halangan, aku tetap melangkah dan terus melangkah. Tiada siapa boleh patahkan semangat aku walau diri aku sendiri. Aku berpegang pada prinsip "pantang mundur, terus maju kehadapan". Tidak kira besar mana halangan, pasti ada penyelesaian. Sekarang aku sudah 3 tahun di UPM. Aku mengambil kursus Bacelor sastera bahasa dan linguistik melayu dengan kepujian.
30/03/2022
MY FAMILY
ABOUT ME
Bertungkus-lumus mak saudara aku carikan nama untuk anaknya yang keempat. Bermula dengan huruf F sempena nama anak sulung, kedua dan ketiganya yang bernama Faiz, Farhana dan Farisha.
Ri! Akak dapat dah nama anak akak nanti, akak nak isikan nama Farah Hanim.
Selang seminggu lepastu, mak aku lahirkan aku. Tarikh 18 haribulan 3 tahun 1999. Bapak aku pun pergilah ke JPN dan isi nama aku, Siti Nur Farahhanim Mohd Hairi.
Sekian, kisah nama aku yang sebenarnya bapak dan mak aku curi dari mak saudara aku. Selang 2 minggu lepastu, sepupu aku pun selamat dilahirkan di kampung aku yang juga tempat tinggalku sekarang. Felda Purun, BERA, Pahang. Orang bandar, ramai tak tahu Bera ni kat mana sebenarnya. Tapi lepas Dato' Ismail Sabri naik je sebagai Perdana Menteri, terus ramai tahu. Bera di mana.
Ya ya ya, mak saudara aku tukar nama anaknya kepada Fazrin. Hahahha, sekian sahaja tentang aku. Simpan sikit untuk masa akan datang. Terima kasih.